10 December 2011

Bulan Januari

1.Mudah tersinggung perasaannya, pemikirannya cerdas dan manis budi bahasa dan memiliki sifat-sifat aneh dan ada kemungkinan mengembara. Kerana sifatnya yang murah hati dan kalau kurang waspada mudah menjadi mangsa penipuan.

2 .Mudah menjadi tegang, suka melamun, perasaannya peka dan idealis serta kadang-kadang bersifat melankolik (selalu merasa sedih atau bermuram) Dalam bidang pekerjaan mereka boleh mencapai kejayaan

3 Cerdik pandai, mudah tersinggung dan mudah naik darah kerana terpengaruh oleh perasaannya yang sangat peka, suka mengkritik dan bersifat artistik, ertinya suka akan kesenian atau hal-hal yang bersifat seni.

4 Berfikiran tajam dan banyak inisiatifnya, suka menyelidiki segala sesuatu dengan teliti. Dalam bidang percintaan susah untuk berhasil dan selalu mengalami hal-hal yang kurang menyenangkan serta harus berhati-hati terhadap musuh dalam selimut.

5 Memiliki intelligent yang cukup tinggi, pandai menganalisa segala sesuatu, selalu memperoleh kehormatan dan penghargaan dan boleh Berjaya dalam dalam karier lasak dan angkatan tentera laut


6 Sangat aktif dan penuh kegiatan, kasih dan penuh semangat dalam melakukan segala pekerjaan. Boleh Berjaya dalam bidang perniagaan sebab positif dan sabar dalam menanti hasil yang diharapkan.

7 Gerak-gerinya cepat, otaknya berimaginasi dan bercita-cita tinggi, namun  dan mudah sekali tersinggung, suka mengecam orang tanpa khuatir akan akibatnya.

8 Cerdas, tangkas, materialistik, sering cerewet, mahu menang sendiri dan keras kepala serta semangat berjuangnya tinggi dalam menempuh kehidupan. 

Seterusnya..di next entri ya


Dah baca jangan lupa komen yea!!


0 komen: